Lelaki didakwa bunuh, makan burung merak peliharaan

Lelaki didakwa bunuh, makan burung merak peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang lelaki ditahan selepas membunuh, memasak dan memakan dua ekor burung merak peliharaannya akibat perselisihan dengan jirannya, menurut pihak berkuasa.

Craig Vogt, 61, ditahan pada 23 September lalu dan didakwa dengan pertuduhan jenayah keganasan terhadap haiwan.

Vogt dipercayai meninggalkan surat di peti surat jirannya, memaklumkan dia membunuh dua ekor meraknya kerana jiran terus memberi makan burung-burung itu, menurut afidavit Pejabat Sheriff Daerah Pasco.

Dalam afidavit sama, Vogt menceritakan dia membunuh seekor merak dengan ‘memotong leher burung itu menggunakan pisau sebelum memasaknya dalam kuali.’

Dalam surat itu, Vogt memberitahu jirannya akan terus membunuh burung merak itu jika dia masih memberi makan haiwan tersebut.

Semasa dalam perjalanan ke penjara, Vogt dilaporkan berkata apabila dibebaskan, dia akan membunuh semua burung meraknya supaya tiada sesiapa boleh menjaganya, menurut afidavit itu.

Sehingga 29 September, masih belum jelas berapa ekor burung merak yang dimiliki Vogt atau sama ada dia mempunyai peguam.

Rekod mahkamah menunjukkan Vogt berkata dia tidak mampu membayar peguam dan mahu mahkamah melantik seorang untuknya.- NYTIMES

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN