Korban banjir di Vietnam meningkat 13 orang

Korban banjir di Vietnam meningkat 13 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Angka korban banjir besar di tengah Vietnam meningkat kepada 13 orang, manakala 11 lagi dilaporkan masih hilang, menurut kenyataan kerajaan hari ini.

Hujan pada paras rekod itu menyebabkan banyak kawasan di wilayah tengah ditenggelami air, dengan bekas ibu kota empayar yang diiktiraf UNESCO, Hue, serta bandar purba Hoi An antara kawasan paling teruk terjejas.

Imej yang disiarkan media tempatan menunjukkan banyak kawasan di kedua-dua bandar berkenaan masih ditenggelami air, dengan beberapa rumah hampir tenggelam sepenuhnya hingga ke bumbung.

Vietnam sememangnya terdedah kepada ribut dan banjir yang sering membawa maut serta menyebabkan kerosakan harta benda secara meluas, terutama sepanjang musim ribut dari Jun hingga Oktober.

Menurut laporan agensi bencana negara itu, banjir kali ini turut menenggelamkan lebih 116,000 rumah dan 5,000 hektar tanaman, selain merosakkan jalan raya serta landasan kereta api, sekali gus memutuskan bekalan elektrik dan laluan pengangkutan di beberapa kawasan.

Hujan lebat dijangka berterusan di wilayah tengah Vietnam, dengan taburan melebihi 500 milimeter sehari di beberapa kawasan bermula awal 31 Oktober hingga lewat 1 November, menurut laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN