SHAH ALAM: Kerajaan disaran menubuhkan Lembaga Bahasa Kebangsaan (LBK) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai penasihat utama dalam hal ehwal bahasa Melayu. Ia merangkumi dalam dasar kerajaan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta pemantauan penggunaan bahasa tersebut di sektor awam dan swasta. Saranan tersebut merupakan salah satu daripada enam ketetapan dicapai dalam Konvensyen 152 Peringkat Kebangsaan 2025 bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri,…