‘Kita bersahabat bukan kekayaan, tetapi hormat maruah negara’

‘Kita bersahabat bukan kekayaan, tetapi hormat maruah negara’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN disifatkan sebagai perkembangan sangat sentimental dan emosional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keanggotaan penuh Timor-Leste melambangkan semangat kekeluargaan dalam ASEAN yang tidak menilai sesebuah negara berdasarkan kekayaan, sebaliknya berteraskan maruah dan penghormatan sesama anggota serantau.

“Sejak penubuhan ASEAN, Timor-Leste sebenarnya sudah dianggap sebahagian daripadanya. Tetapi setelah keluar sebagai sebuah negara merdeka, mereka perlu melalui proses semula terutama kerana status ekonomi mereka yang relatif miskin.

“Sebagai pemerhati ASEAN, saya tidak membezakan sama ada sesebuah negara itu miskin atau kaya. Kita menjalin persahabatan bukan kerana kekayaan, tetapi kerana menghormati maruah rakyat dan negara tersebut,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Anwar berkata, Malaysia bersama negara anggota lain sentiasa menyokong usaha Timor-Leste untuk diterima sebagai ahli penuh ASEAN dan berpendapat keanggotaan itu penting bagi mengukuhkan perpaduan serta kestabilan serantau.

“Sepanjang tahun ini, rakan-rakan kita khususnya di Kementerian Luar telah bertungkus-lumus mencari jalan untuk membolehkan Timor-Leste diterima sebagai anggota penuh ASEAN. Alhamdulillah, akhirnya tercatatlah detik bersejarah dengan kemasukan rasmi mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN