Chelsea pecah rekod beli Rogers RM640j 

Chelsea pecah rekod beli Rogers RM640j 

Morgan Rogers berpindah dari Aston Villa ke Chelsea dengan yuran perpindahan RM640 juta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli pemain antarabangsa England, Morgan Rogers daripada Aston Villa dalam perpindahan bernilai RM640 juta menjadikannya pemain Britain paling mahal dalam sejarah.

Perpindahan sensasi itu meneruskan reputasi The Blues antara kelab paling agresif dalam pasaran pemain apabila mereka sanggup memecahkan rekod sedia ada demi mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut.

Walaupun Chelsea dan Aston Villa tidak mendedahkan nilai rasmi urus niaga berkenaan, laporan Sky Sports menyebut jumlah keseluruhan perpindahan itu mengatasi rekod 116 juta pound (RM634 juta) yang dibelanjakan Manchester City untuk mendapatkan Elliot Anderson dari Nottingham Forest awal bulan ini.

Nilai perpindahan itu juga melepasi rekod pembelian tertinggi Chelsea sebelum ini apabila mereka membawa masuk Moises Caicedo daripada Brighton dengan harga 115 juta pound (RM629 juta) pada tahun 2023.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Rogers menandatangani kontrak jangka panjang sehingga 2033, menunjukkan keyakinan tinggi Chelsea terhadap kemampuan pemain itu untuk menjadi tonggak utama kelab itu..

“Saya sangat teruja. Bagi saya, Chelsea adalah kelab terbesar di London dan sebuah kelab yang saya kagumi sejak kecil.

“Saya juga teruja dengan projek bersama pengendali baharu, barisan pemain yang dimiliki serta hala tuju kelab. Itulah sebabnya saya berada di sini dan saya tidak sabar untuk memulakannya,” katanya.

Rogers yang mampu beraksi sebagai pemain sayap dan pemain tengah menyerang muncul antara pemain paling menyerlah di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas mempamerkan prestasi konsisten bersama Aston Villa. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN