SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Selangor kepada Nenney Shuhaidah Shamsuddin berkuatkuasa 1 November ini. Dalam istiadat yang berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan semalam, baginda turut mengurniakan watikah pelantikan kepada Anggota Panel Tetap Hakim Rayuan Syariah Selangor, Datuk Mohd Radzi Abd Latif. Manakala watikah pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dikurniakan kepada Salwani Khalid. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah…

 
								 
											









