Dewan Rakyat kecoh isu arak, gila

Dewan Rakyat kecoh isu arak, gila

MISBAHUL MUNIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen bertelingkah berhubung isu arak semasa perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar.

Kekecohan bermula apabila Mohd. Misbahul Munir Masduki (PN–Parit Buntar) mencelah perbahasan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PNl–Alor Setar).

Mohd Misbahul Munir berkata, beberapa agama seperti Buddha, Sikh, Hindu dan Kristian tidak menggalakkan pengambilan arak kerana ia menyumbang kepada masalah kesihatan.

Chong Zhemin (PH–Kampar) pula bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(11) untuk mempersoalkan kenyataan itu, dan menegaskan ia boleh mengelirukan Dewan.

“Tadi Parit Buntar kata semua agama mengharamkan minum arak, itu tidak tepat,” katanya.

Mohd. Misbahul Munir menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa beliau tidak menggunakan perkataan ‘haram’, sebaliknya hanya menyatakan pengambilan arak “tidak digalakkan”.

Beliau menekankan kenyataannya bersifat umum dan bukan merujuk khusus kepada satu agama sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Syahredzan Johan, kemudian mengingatkan Mohd. Misbahul Munir supaya tidak memberikan pandangan berdasarkan perspektif agama lain bagi menjaga ketertiban Dewan.

Suasana bagaimanapun bertambah tegang apabila Chong Zhemin menyindir: “Itu bukan pandangan, itu fakta yang salah. Atau Parit Buntar sudah mabuk?”

Sindiran itu mencetuskan kemarahan Mohd Misbahul Munir yang membalas, “Awak yang gila.”

Susulan insiden itu, Syahredzan meminta kedua-dua Ahli Parlimen menarik balik kenyataan masing-masing bagi meredakan ketegangan.

Mohd Misbahul Munir enggan menarik balik kenyataannya mengenai isu arak dan diarahkan keluar Dewan bagi memastikan kelancaran persidangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN