Dengar bunyi jatuh pukul 3 pagi

Dengar bunyi jatuh pukul 3 pagi

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak ke-15 yang juga individu pertama menemukan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri memberitahu dia ada terdengar bunyi seperti benda jatuh, sebelum pukul 3 pagi.

Saksi inkues ke-24 tu bagaimanapun tidak dapat memastikan apakah yang jatuh kerana berada dalam keadaan mamai dan selepas keadaan menjadi kecoh, dia juga tidak ada mendengar dari mana-mana penghuni sama ada mereka juga ada mendengar bunyi benda jatuh atau tidak.

Terdahulu, saksi tersebut yang juga senior kepada Zara Qairina memberitahu adalah menjadi kebiasaan dirinya bangun pada pukul 3 pagi untuk menggunakan mesin basuh, menggosok pakaian dan membuat takungan air untuk mandi dan membuat persiapan awal sebelum ke musolla untuk solat Subuh.

Saksi tinggal di blok yang sama dengan Zara Qairina (Blok A, Rabiatul Adawiyah) tetapi duduk di aras dua blok berkenaan sementara pelajar Tingkatan Satu itu tinggal di aras tiga.

Menurut peguam, Shahlan Jufri, saksi tersebut memberitahu, selepas dia bangun dari tidur, dia turut mengejutkan rakan satu dorm yang ingin bangun awal kerana hendak menggosok pakaian. Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakan itu turun ke bilik `iron’ yang terletak di aras bawah.

Tambah saksi itu, ketika membuat takungan air i tandas, terdapat juga beberapa pelajar junior lain di dalam tandas berkenaan.

Tambahnya, ketika berada di tangga aras bawah, dia terlihat seorang pelajar perempuan terbaring berhampiran longkang tetapi tidak pasti identitinya kerana saksi kanak-kanak itu tidak memakai cermin mata pada ketika itu.

Saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa pelajar perempuan itu kelihatan seperti pengsan.

“Saksi kemudian memanggil-memanggil dan menyuruh pelajar perempuan itu sebelum memanggil pengawal keselamatan, Aunty Linah. Ketika Aunty linah datang dan melihat pelajar tersebut, saksi beritahu yang Aunty Linah beritahu kepadanya bahawa pelajar terbabit adalah Zara.

“Aunty Linah kemudian memintanya mengambil telefon bimbit di pondok pengawal kerana ingin ambil gambar dan membuat panggilan kecemasan. Saksi turut beritahu Zara kelihatan seperti susah bernafas tetapi tidak perasan sama ada ada kesan luka atau tidak pada tubuh Zara.

“Saksi turut beritahu yang Aunty Linah bertindak mengejutkan seorang pelajar senior dan turut memanggil Ketua Warden (Azhari Abd. Sagap). Ketika itu juga saksi cakap dia lihat ada beberapa pelajar-pelajar senior yang sudah sedar dan nampak keadaan Zara dari aras 2 blok tersebut.

“Saksi kemudian beritahu yang Ketua Warden ada mengarahkan mereka untuk memindahkan Zara ke depan bilik Warden. Saksi pada mulanya ada membantu mengangkat tepi lepas itu tak tolong angkat kerana dah ramai yang berbuat demikian. Selepas Zara dipindahkan, saksi beritahu hanya dia, Aunty Linah, Ustaz Azhari dan seorang lagi guru berada di samping Zara sehingga ambulans tiba,” kata peguam itu.

Saksi kanak-kank tu turut menyatakan dia telah diarahkan oleh Ustaz Azhari untuk membasuh darah Zara Qairina yang ada di hadapan bilik warden tetapi dia tidak membasuh sebarang kesan darah di tempat Zara Qairina ditemukan.

Pada prosiding hari ini yang memasuki hari ke-24, saksi itu memberitahu, sebelum 15 Julai lalu, dia tidak pernah mendengar cerita mengenai Zara Qairina dipanggil oleh senior atau kes kecurian di aras tiga blok berkenaan an hanya selepas kejadian itu dia mendengar cerita bahawa remaja terbabit adalah seorang yang `happy go lucky’ dan mempunyai diari.

Pada 17 Julai lalu, saksi memberitahu dia telah dibawa ke balai polis bersama pelajar lain dan dia juga ada melihat seorang pegawai polis memberikan buku dipercayai diari Zara kepada Ustaz Azhari untuk diberikan kepada ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Selain itu, saksi memberitahu, kes kecurian di blok berkenaan sering berlaku dan kebiasaannya pelajar akan membuat aduan kepada warden dan guru.

Ujar saksi itu, warden ada juga membuat pemeriksaan mengejut (spotcheck) tetapi pemeriksaan itu lebih menjurus kepada telefon bimbit kerana alat berkenaan tidak dibenarkan untuk dibawa ke asrama.

Prosiding bersambung Selasa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN