SHAH ALAM: Paparan video cara menebus subsidi petrol menerusi Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan MyKad yang ditunjukkan di pam minyak memudahkan pengguna menikmati kemudahan tersebut. Malah, tinjauan Utusan Malaysia pada hari pertama pelaksanaan inisiatif itu mendapati tiada gangguan atau kesesakan ketara berlaku di stesen-stesen minyak di sekitar pusat bandar ini dan Klang. Selain itu, pengguna yang mahu mengisi minyak pada harga subsidi turut dibantu oleh pekerja yang memberikan penerangan tambahan…