Budak kena kelar stabil, sudah boleh bercakap

Budak kena kelar stabil, sudah boleh bercakap

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar dalam kejadian di Parit Raja, Batu Pahat, semalam dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar semalam, kini stabil dan sudah boleh bercakap.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa masih diberikan rawatan rapi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Beliau berkata, siasatan akan dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita berhadapan detik cemas selepas mendapati anaknya berlumuran darah akibat dikelar dalam kejadian di Kampung Parit Nipah Laut di Parit Raja.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi, ketika wanita berusia 40 tahun itu terbangun dari tidur dan mendapati anak lelaki cedera di leher lalu memaklumkan insiden itu kepada suaminya.

Mangsa, anak bongsu daripada tiga beradik, dilaporkan bernasib baik kerana tiada saluran darah yang putus akibat kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN