Ancaman palsu bom hospital swasta

Ancaman palsu bom hospital swasta

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah hospital swasta terletak di Puchong, Selangor hari ini telah menerima satu ancaman bom palsu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.54 petang itu, satu panggilan telefon diterima Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai ancaman bom di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Polis, Muhamad Farid Ahmad berkata, susulan maklumat itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) bersama Unit Anjing Pengesan (K9) telah menjalankan pemeriksaan di dalam dan di luar bangunan hospital.

“Selepas pemeriksaan menyeluruh oleh pihak polis tidak menemui sebarang bahan letupan atau objek mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut berada di lokasi bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah melalui komunikasi tanpa nama.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan sebagai tambahan kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan sehingga boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN