AS siasat sistem pandu sendiri hampir 2.9 juta kenderaan Tesla

AS siasat sistem pandu sendiri hampir 2.9 juta kenderaan Tesla

MAHKAMAH mengarahkan Tesla membayar pampasan RM1.4 bilion kepada keluarga mangsa terkorban dan seorang mangsa terselamat.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa keselamatan jalan raya Amerika Syarikat (AS) membuka siasatan terhadap 2.88 juta kenderaan Tesla yang menggunakan sistem pandu sendiri (FSD) berikutan pelanggaran keselamatan jalan raya selepas beberapa siri kemalangan.

Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan AS (NHTSA), sistem FSD, yang memerlukan pemandu sentiasa memberi perhatian dan campur tangan jika perlu, menyebabkan kenderaan melanggar undang-undang keselamatan jalan raya.

Laporan menunjukkan beberapa kenderaan Tesla memandu melepasi lampu isyarat merah dan bergerak melawan arah sewaktu menukar lorong ketika menggunakan sistem FSD, kata agensi itu.

NHTSA berkata, terdapat enam laporan di mana kenderaan Tesla menggunakan FSD mendekati persimpangan lampu isyarat merah, sehingga menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Katanya, empat daripada kemalangan tersebut mengakibatkan seorang atau lebih individu cedera.

Siasatan, yang merupakan penilaian awal, adalah langkah pertama sebelum agensi boleh mencadangkan penarikan balik kenderaan jika didapati menimbulkan risiko keselamatan tidak wajar.

NHTSA berkata, pihaknya menerima 18 aduan dan satu laporan media yang mendakwa kenderaan Tesla yang dilengkapi FSD, gagal berhenti sepenuhnya sepanjang tempoh lampu isyarat merah.

Beberapa pengadu turut mendakwa, FSD tidak memberi amaran dan gagal mengesan keadaan apabila kenderaan menghampiri lampu isyarat merah.

FSD Tesla, yang dikatakan lebih canggih berbanding sistem Autopilot, disiasat oleh NHTSA sejak setahun lalu.

Pada Oktober 2024, agensi itu memulakan siasatan terhadap 2.4 juta kenderaan Tesla yang dilengkapi FSD selepas empat kemalangan dilaporkan berlaku dalam keadaan penglihatan jalan terhad, termasuk silau matahari, kabus atau debu udara, termasuk satu nahas maut pada 2023.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN