90 peratus suara dunia mula sedar kekejaman Israel, iktiraf Palestin - Utusan Malaysia

90 peratus suara dunia mula sedar kekejaman Israel, iktiraf Palestin

Ahmad Adnan Fadzil.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Suara dunia hampir 90 peratus menyokong dan mengiktiraf Palestin serta mula sedar kekejaman rejim Zionis sekali gus bakal memberi tekanan terhadap Israel.

Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil berkata, dunia sudah mula sedar kekejaman Israel itu dan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) membuktikan isu kemanusiaan itu melepasi sempadan agama yang disertai sukalewan daripada kebanyakkan negara bukan sahaja Malaysia.

Dalam masa sama, beliau juga berharap kerajaan dapat mengambil tindakan segera bagi membebaskan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan yang ditahan tentera Israel.

“Kita berbangga kerana ada dalam kalangan orang Melayu Malaysia (terlibat dalam misi kemanusiaan GSF). Israel telah lepasi sempadan kemanusian dan ia telah menyedarkan dunia.

“Apa yang berlaku, ada hikmah, kerana kini hampir 90 peratus masyarakat dunia mula iktiraf Palestin sekali gus bakal memberi tekanan kepada Israel,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Adnan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memainkan peranan menyampaikan suara umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap  Donald Trump sekiranya Presiden Amerika Syarikat (AS) itu hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara bulan depan.

“Apabila Trump datang juga Malaysia meskipun dibantah, Perdana Menteri perlu ambil kesempatan tunai apa yang dia cakap untuk menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Israel itu.

“Perdana Menteri perlu menegaskan agar Israel perlu segera memberhentikan genosid dan ia tidak sepatutnya berlaku. Kena bertegas dalam isu ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN