400 atlet sertai Kejohanan Antarabangsa Muay Thai 2.0

400 atlet sertai Kejohanan Antarabangsa Muay Thai 2.0

HARIS Alias (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas sidang akhbar Kejohanan Antarabangsa Muay Thai 2.0 di pejabat PMNM, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Seramai 400 atlet termasuk jaguh antarabangsa akan menyertai Kejohanan Antarabangsa Muay Thai 2.0 yang akan diadakan di Dewan Tulip Freeport A’Famosa, Alor Gajah dekat sini bermula esok hingga Ahad ini.

Presiden Persatuan Muay Thai Melaka (PMNM), Haris Alias berkata, kejohanan tersebut bukan sahaja melibatkan atlet amatur tetapi juga bakal menyajikan tujuh pertarungan melibatkan jaguh antarabangsa sukan tersebut.

Menurutnya, antara pertarungan yang menjadi tumpuan melibatkan jaguh professional negara, Ali Yaakob akan berdepan jaguh dari Thailand, Kauwan Lek dan Rashid Singa berdepan Shoxhrukh dari Uzbekistan.

Beliau berkata, turut menjadi tumpuan bagi kategori wanita menyaksikan perlawanan antara jaguh muay thai negara, Nur Amisha berdepan jaguh dari Phuket Thailand, Chandara.

“Kesemua perlawanan tersebut melibatkan jaguh-jaguh terkemuka sukan muay thai pada 19 Oktober termasuk satu pertarungan tinju antara Frederic Japri dari Tentera Darat dan jaguh negara, Muhammad Alif An,” ujarnya di pejabat PMNM, Ayer Keroh baru-baru ini.

Haris berkata, kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk dimenangi peserta amatur yang datang dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

Menurutnya, bagi liga amatur yang bermula pada 17 Oktober melibatkan sebanyak 11 kategori antaranya seperti tempur, muay boran dan wai kru mengikut berat badan iaitu antara 33 hingga 100 kilogram (kg).

“Bagi peminat sukan muay thai di Melaka untuk menyaksikan aksi muay thai masuk adalah percuma melainkan tujuh perlawanan jaguh antarabangsa dikenakan tiket antara RM25 hingga RM25,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu adalah antara usaha penting pembangunan akar umbi sukan muay thai dan mencungkil bakat baharu di negeri ini.

Selain itu jelasnya, kejohanan itu tersebut juga menjadi medan terakhir pemilihan atlet remaja Melaka bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN