Ramai cuba dekati, tapi tidak tahu mana yang ikhlas - Dr Fie - Utusan Malaysia

Ramai cuba dekati, tapi tidak tahu mana yang ikhlas – Dr Fie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pempengaruh dan bekas isteri penyanyi, Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr. Fie, mengakui berasa tertekan apabila sering dilabel sebagai ‘janda melaram’.

Menurut Dr. Fie, 36, gelaran tersebut membuatkan dia kurang selesa memandangkan fokus utamanya ketika ini adalah untuk mengembangkan perniagaan.

“Tekanan juga sebenarnya sebab sekarang saya fokus kepada perniagaan. Tetapi orang tengok kita dan panggil ‘janda melaram’.

“Saya rasa tidak baik cakap macam itu kepada saya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada acara  Kejohanan Blossom Rally Pickleball 2026 di Tomaz Pickleball Club, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Fie mengakui statusnya sebagai ibu tunggal turut menyebabkan segelintir pihak cuba mengambil kesempatan, lebih-lebih lagi ketika seseorang sedang melalui fasa kehidupan yang rapuh.

“Ibu tunggal ini memang mudah orang nak ambil kesempatan, terutama ketika kita sedang bersedih. Apabila kita cuba bangkit dan kembali percaya kepada orang, itulah cabarannya.

“Bila lelaki tengok orang panggil kita ‘janda melaram’, mulalah mereka cuba mendekati. Memang ramai yang cuba dekati, tetapi kita tidak tahu siapa yang benar-benar ikhlas,” katanya.

Malah tambah Fie, dia juga gusar mengenai keselamatan diri apalagi dia jika dia ke mana-mana acara sendirian.

“Ada yang datang nak bagi makanlah. Maksudnya dia tahu di mana saya berada.

“Risau juga terutama kalau saya seorang diri,” katanya.

Terdahulu, Nubhan dan Dr Fie sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember tahun lalu.

Mereka berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN