2,922 mangsa banjir di Perak ditempatkan di 26 PPS

2,922 mangsa banjir di Perak ditempatkan di 26 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seramai 2,922 orang mangsa banjir daripada 993 keluarga di empat daerah di Perak masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,051 orang daripada 721 keluarga di 19 PPS yang masih beroperasi.

Di daerah Manjung, sebanyak 570 mangsa daripada 187 keluarga berlindung di empat buah PPS manakala di Perak Tengah seramai 105 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-Layang Kiri, Parit.

Sementara itu, daerah Kerian menunjukkan peningkatan jumlah mangsa apabila kini menempatkan 196 orang daripada 54 keluarga di dua PPS berbanding 162 orang semalam.

Peningkatan itu direkodkan selepas pembukaan satu lagi PPS baharu di Dewan Orang Ramai Kampung Jaya, Semanggol, yang mula beroperasi pada pukul 4 petang semalam. Tiada PPS baharu dibuka setakat pukul 8 pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN