HULU LANGAT: Tindakan sebuah syarikat pemberi pinjaman wang berlesen sewenang-wenangnya menggunakan proses mahkamah dan undang-undang bagi mengenakan kaveat hartanah atas pinjaman tidak bercagar adalah tidak wajar. Malah, melakukan tindakan sedemikian ke atas seseorang yang menjadi penjamin kemudian diisytihar sebagai peminjam bersama di mahkamah tanpa pengetahuannya adalah suatu bentuk penganiayaan. Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, syarikat pemberi pinjaman wang itu juga dipercayai mengemukakan dokumen…