Perang Ukraine boleh tamat jika Eropah sekat ekonomi China - Trump

Perang Ukraine boleh tamat jika Eropah sekat ekonomi China – Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa perang Russia-Ukraine boleh berakhir sekiranya Eropah memperketat tekanan kewangan terhadap China.

Trump berkata, jika Eropah mengambil tindakan ekonomi, sama ada dalam bentuk sekatan atau tarif, langkah itu mungkin mampu memaksa perang berakhir.

“Jika mereka mengenakan sekatan, sebagai contoh atau tarif, atau apa sahaja yang anda mahu, jika melakukannya ke atas China, saya fikir perang itu mungkin berakhir.

“China merupakan pembeli minyak terbesar dari Russia, dan saya fikir mereka juga mempunyai kuasa lain ke atas Russia,” katanya.

Trump berkata demikian dalam wawancara bersama Fox News yang diadakan ketika beliau mengakhiri lawatan negara selama tiga hari ke United Kingdom (UK), semalam.

Trump turut mendesak Eropah agar segera menamatkan semua pembelian minyak Russia, yang menurutnya membiayai usaha perang Kremlin.

Beliau menuduh Eropah ‘diam-diam dan licik’ meneruskan pembelian itu.

“Jika Russia tidak menjual minyak, mereka tiada pilihan selain menyelesaikan perang.

“Jika anda mahu menang, anda mesti berhenti membeli minyak dari Russia, tetapi kita akan lihat bagaimana ia berakhir. Saya harap ia berakhir dengan baik,” katanya.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN