Malaysia kutuk serangan melampau Israel di Doha

Malaysia kutuk serangan melampau Israel di Doha

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau Israel yang melancarkan serangan udara ke atas Doha, Qatar, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan agresif yang melampau ditujukkan Israel merupakan satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan Qatar.

Katanya, ia juga merupakan satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

“Ia membahayakan nyawa orang awam secara sembrono, menyerang ibu kota berdaulat dan mengancam untuk mencetuskan ketegangan yang lebih dahsyat di rantau yang sudah pun rapuh.

“Dengan menyasarkan Qatar iaitu sebuah negara yang memainkan peranan penting dalam usaha pengantaraan dan dialog di Timur Tengah, Israel telah menunjukkan penghinaan mutlak terhadap keamanan dan diplomasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, serangan Israel itu tidak boleh dipertahankan dan sama sekali tidak boleh diterima.

“Malaysia berdiri teguh bersama Qatar dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk meletakkan Israel bertanggungjawab atas tindakan agresif yang keterlaluan ini,” katanya.

Semalam, Israel melancarkan serangan udara terhadap Bandar Legtifya iaitu sebuah kawasan di Doha, Qatar dengan menyasarkan kepemimpinan kanan Hamas yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata Gaza.

Tindakan melampau Israel itu mendapat kecaman pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Perdana Menteri Britain, Keir Starmer; Türkiye, Jerman dan Amerika Syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×