SHAH ALAM: Malaysia mencapai 30 peratus penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran kapasiti kuasa sekali gus bakal merealisasikan sasaran ditetapkan tahun ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu menghampiri sasaran 31 peratus di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). “Pencapaian terkini itu membuktikan pelaksanaan NETR berada pada landasan tepat dan kerajaan komited meningkatkan keupayaan tenaga hijau.…