SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendaftarkan seramai 1,053 individu sebagai mualaf sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Mazlan Mansor berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pengurusan pendaftaran itu dalam usaha memperkasakan tadbir urus hal ehwal saudara baharu. “Peruntukan itu memfokuskan kepada menyantuni mualaf menerusi pendaftaran pengislaman sempurna dan sah dari sudut perundangan. Ia turut meliputi pelaksanaan program komuniti, insentif galakan saudara baharu…