KUALA LANGAT: Kementerian Kesihatan menjalankan libat urus bersama 373 peserta daripada lebih 25 komuniti pribumi terhadap penilaian potensi perubatan tradisional pribumi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, libat urus melibatkan komuniti pribumi di seluruh negara itu adalah sebagai langkah untuk mengangkat kaedah perubatan alternatif berkenaan bagi diiktiraf di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016. Menurutnya, kesemua libat urus melibatkan dialog terbuka dan lawatan ke lapangan ke atas…