KOTA BARU: Polis menahan seorang lelaki positif dadah dan meramas sepucuk pistol jenis Glock bersama 36 peluru hidup dalam serbuan di rumahnya di di Pintu Geng di sini pagi semalam.
Serbuan pukul 5 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri yang bertindak atas maklumat risikan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mohd. Khairiel Mohd. Arif berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas rumah berkenaan telah menjumpai pistol jenis Glock dan 36 butir peluru hidup yang disorokan di dalam rumah berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 50-an mendakwa senjata api dengan
peluru itu milik majikannya.
“Suspek didapati telah menyimpan senjata api dan peluru berkenaan sejak kira-kira setahun.
“Kita tahan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Khairiel memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau.-UTUSAN