Lelaki ditahan selepas buat hampir 60,000 panggilan palsu

Lelaki ditahan selepas buat hampir 60,000 panggilan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Polis Korea Selatan menahan seorang lelaki berusia 50-an kerana membuat hampir 60,000 laporan palsu kepada pihak berkuasa dalam tempoh kurang dua tahun.

Daripada 58,307 panggilan yang dibuat suspek, 51 dikategorikan sebagai kod 2 atau lebih serius, yang memerlukan campur tangan segera pihak polis kerana melibatkan ancaman jenayah berat.

Lelaki itu kini disiasat atas kesalahan menghalang tugas rasmi dengan cara penipuan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda 10 juta won (RM30,077).

Dalam tempoh empat hari pada Mei 2024, suspek membuat 1,882 panggilan kepada polis, dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan hukuman pentadbiran yang diterimanya sebelum ini akibat laporan palsu.

Antara laporan palsu yang dibuat termasuk mendakwa membunuh abangnya dan konon dirinya dikurung secara paksa, sebelum segera menarik balik kenyataan dengan berkata ‘bukan sekarang’.

Apabila ditanya berapa lama dia dikurung, suspek menjawab 10 tahun.

Suspek dilaporkan memberitahu polis dia sudah terbiasa membuat laporan palsu sejak tinggal sendirian, dan akan menelefon pihak berkuasa setiap kali mabuk.

Sejak 2023, dia diarahkan membayar penalti sebanyak tujuh kali, semuanya berkaitan laporan palsu.

Polis berkata, pihaknya memohon waran tangkap bagi kes terbaharu selepas suspek enggan mematuhi beberapa saman yang dikeluarkan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×