SHAH ALAM: Sehingga Ogos lalu, sebanyak 17,709 notis kesalahan membabitkan nilai kompaun sebanyak RM4.15 juta dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) atas pelbagai kesalahan berkaitan produk rokok termasuk kegagalan terhadap pematuhan kawasan larangan merokok. Notis tersebut dikeluarkan menerusi pelbagai operasi dan pemeriksaan selepas hampir setahun penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober tahun lalu. Dalam tempoh tersebut juga, sebanyak 54 kertas…