Jepun dilanda puting beliung terkuat dalam sejarah

Jepun dilanda puting beliung terkuat dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun mengalami puting beliung terkuat dalam sejarah yang direkodkan selepas pusaran dahsyat melanda daerah Shizuoka.

Diklasifikasikan sebagai JEF3, tahap tiga daripada lima skala intensiti puting beliung Jepun, dengan kelajuan angin sehingga 168 kilometer sejam pada Jumaat lalu, mengakibatkan 89 orang cedera dan kesan kemusnahan.

Kawasan paling terjejas termasuk Makinohara dan Yoshida, di mana kenderaan terbalik dan lebih 1,200 struktur mengalami kerosakan.

Sejak rekod bermula pada 1961, Jepun pernah mencatat 13 puting beliung tahap tiga, tetapi tiada yang mencapai tahap empat.

Puting beliung itu dilaporkan berlaku akibat keadaan tidak stabil daripada Taufan Tropika Peipah, yang mendarat di daerah Kochi pada hari sama, berhampiran bandar Sukomo.

Ribut itu membawa hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan kerosakan meluas di seluruh kawasan.

Peipah mencederakan 24 orang, merosakkan atau memusnahkan lebih 40 rumah dan memutuskan bekalan elektrik untuk hampir 14,000 penduduk.

Sebelum ribut melanda, pihak berkuasa mengeluarkan perintah berpindah melibatkan lebih 600,000 penduduk, menasihat supaya berhati-hati terhadap banjir serta tanah runtuh.

Sementara itu, Taufan Kiko, sebelum ini merupakan taufan kategori 4 yang kuat di Pasifik Timur, melemah menjadi ribut tropika ketika melintasi kawasan sekitar Hawaii minggu ini.

Kiko, yang terbentuk pada 31 Ogos, mencatat kelajuan angin berterusan 110 kilometer sejam pada Ahad semasa menurun ke kategori 2.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×