Israel sambung serang kubu kuat Hezbollah di Sungai Litani

Israel sambung serang kubu kuat Hezbollah di Sungai Litani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Tentera Israel melancarkan siri serangan udara malam tadi menyasarkan kawasan di selatan dan utara Sungai Litani, selepas mengeluarkan amaran mendesak supaya penduduk menjauhi enam lokasi yang ditetapkan.

Serangan itu mencerminkan taktik sama yang digunakan semasa perang Israel menentang kumpulan Hezbollah pada Oktober 2023, yang berakhir dengan perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 27 November tahun lalu.

Antara kawasan yang dibedil ialah sekitar bandar Dibbin serta tiga lokasi di Mays Al-Jabal, dengan laporan awal menyatakan seorang warga Syria cedera, manakala sebuah rumah di Kfar Tibnit turut menjadi sasaran.

Gelombang serangan kedua pula mengenai daerah Tyre, khususnya Burj Qalaya dan Al-Shahabiya.

Menurut sumber keselamatan Lubnan kepada Arab News, serangan itu berlaku ketika Hezbollah sedang bersiap memperingati ulang tahun pertama kematian dua pemimpin tertinggi mereka, Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine.

“Ini isyarat bahawa Israel masih memburu pergerakan itu,” kata sumber berkenaan sambil menjangkakan serangan akan terus meningkat menjelang ulang tahun kematian Nasrallah pada 27 September.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam memaklumkan beliau diberitahu tentang ancaman Israel dan serangan tersebut ketika mesyuarat Kabinet.

Beliau menegaskan kerajaan komited terhadap mekanisme gencatan senjata dan menyertai mesyuarat pelaksanaannya.

“Persoalan sah yang timbul hari ini ialah, di mana komitmen Israel terhadap mekanisme itu? Bagaimana mereka boleh terus melakukan ugutan dan serangan, sedangkan mesyuarat ini sepatutnya menjamin pelaksanaan penuh Resolusi 1701 serta penghentian permusuhan?” katanya.

Kabinet Lubnan turut menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya penandatangan Perjanjian Gencatan Senjata, agar menekan Israel supaya menghentikan segera serangan dan kembali ke meja rundingan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN