Iran bina semula tapak peluru berpandu diserang Israel

Iran bina semula tapak peluru berpandu diserang Israel

FOTO satelit daripada Planet Labs PBC menunjukkan kerja pembinaan semula loji propelan pepejal Parchin, berhampiran Teheran, pada 28 Ogos lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran dilaporkan mula membina kembali tapak pengeluaran peluru berpandu yang disasarkan Israel semasa perang 12 hari pada Jun lalu.

Namun menurut imej satelit yang dianalisis The Associated Press, satu komponen penting, pengadun besar yang diperlukan untuk menghasil bahan api pepejal bagi senjata tersebut, dipercayai masih tiada.

Menyusun semula program peluru berpandu adalah penting bagi Republik Islam itu, yang percaya pusingan perang dengan Israel mungkin berlaku.

Peluru berpandu dianggap antara aset utama ketenteraan Iran selepas perang tersebut memusnahkan sistem pertahanan udaranya.

Iran mempunyai pangkalan pembuatan peluru berpandu bahan api pepejal di Khojir dan Parchin, dua tapak berhampiran Teheran, serta di Shahroud, kira-kira 350 kilometer (km) di timur laut ibu negara.

Malah, sebelum perang terbaharu, semua tapak tersebut pernah menjadi sasaran serangan Israel pada Oktober 2024 semasa pertikaian antara kedua-dua negara.

Imej satelit Planet Labs PBC yang diperoleh bulan ini menunjukkan kerja pembinaan semula di Parchin dan Shahroud.

Pakar peluru berpandu berkata, mendapatkan pengadun adalah matlamat untuk Teheran, terutama ketika ia bersiap sedia menghadapi kemungkinan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini.

Mesin itu dipercayai boleh dibeli dari China, negara yang sebelum ini dilaporkan menjadi sumber bekalan bahan dan komponen untuk program peluru berpandu Iran.

“Jika Iran memperoleh semula beberapa perkara penting seperti pengadun planet, maka infrastrukturnya sudah sedia untuk kembali beroperasi,” kata penyelidik di Pusat Kajian Nonproliferasi James Martin, Sam Lair.

Peluru berpandu bahan api pepejal boleh dilancarkan lebih cepat berbanding menggunakan bahan api cecair, yang perlu diisi sebelum pelancaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×