Indonesia ada dua ibu negara menjelang 2028?

Indonesia ada dua ibu negara menjelang 2028?

ISTANA Presiden kelihatan sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-80 Indonesia di Plaza Seremonial di Nusantara, Kalimantan Timur, pada 17 Ogos lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jakarta akan kekal sebagai ibu negara Indonesia walaupun Presiden Prabowo Subianto meneruskan rancangan untuk memindahkan pusat politik negara ke Nusantara di Kalimantan Timur menjelang 2028.

Peralihan itu dimeterai melalui Peraturan Presiden No. 79 Tahun 2025, yang mengemas kini rancangan kerja kerajaan dan menetapkan Nusantara sebagai ‘pusat politik’ Indonesia.

Gabenor Jakarta, Pramono Anung pada Rabu berkata, istilah tersebut menandakan pemindahan berperingkat, dengan cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dijangka berpindah ke Nusantara, manakala aktiviti perniagaan serta sebahagian besar birokrasi kekal di ibu negara.

“Transformasi pusat kerajaan tidak boleh dilakukan sekali gus pada 2028. Jakarta masih mempunyai peranan penting, dan kita perlu bersiap sedia untuk peralihan ini,” katanya.

Di bawah undang-undang berasingan yang diluluskan pada awal 2024, Jakarta akan mengekalkan status ibu negara sambil berkembang menjadi bandar global dan inklusif dengan budaya Betawi sebagai identiti terasnya.

Pramono berkata, bandar itu akan mengintegrasikan simbol Betawi ke dalam ruang awam, tetapi menekankan watak pelbagai budaya akan kekal utuh.

Ini bermakna menjelang 2028, Indonesia akan mempunyai dua ibu negara dengan peranan yang berbeza, lapor Jakarta Globe.

Jakarta akan kekal sebagai ibu negara rasmi di bawah Undang-Undang No.2/2024 dan terus berfungsi sebagai pusat ekonomi, perniagaan serta kebudayaan negara.

Pada masa sama, Nusantara ditetapkan sebagai ibu kota politik, di mana cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dijangka beroperasi sepenuhnya.

Kerajaan memperuntukkan 36.25 trilion rupiah (RM10.15 bilion) untuk Nusantara pada 2025, termasuk 18.12 trilion rupiah dalam pembangunan bandar lestari dan 17.82 trilion rupiah (RM5 bilion) bagi perancangan serta pemindahan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN