Google bantu kempen propaganda Israel berkait kebuluran Gaza

Google bantu kempen propaganda Israel berkait kebuluran Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Google dilaporkan menandatangani kontrak enam bulan bernilai AS$45 juta (RM190 juta) dengan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagi mempromosikan mesej kerajaan dan mengecilkan krisis kemanusiaan di Gaza, menurut portal Drop Site News.

Kontrak yang ditandatangani pada akhir Jun itu menyifatkan Google sebagai ‘entiti utama’ dalam menyokong strategi hubungan awam Netanyahu.

Kempen tersebut bermula hanya beberapa hari selepas Israel menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan kemanusiaan lain ke Gaza pada 2 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap tentera Israel ketika itu berkata, pihak berkuasa boleh melancarkan kempen digital untuk menjelaskan tiada kebuluran dan membentangkan data.

Sejak itu, iklan kerajaan yang menafikan kebuluran di Gaza tersebar luas, termasuk video YouTube oleh Kementerian Luar Israel yang menyatakan ‘ada makanan di Gaza’, sebarang dakwaan lain adalah pembohongan.

Klip tersebut ditonton lebih enam juta kali, kebanyakannya melalui promosi berbayar.

Menurut laporan itu, iklan berkenaan diuruskan melalui YouTube dan platform Display & Video 360 milik Google, dan digambarkan dalam dokumen rasmi kerajaan sebagai ‘hasbara’, yang sering diterjemahkan sebagai propaganda.

Rekod menunjukkan Israel turut membelanjakan AS$3 juta (RM12.6 juta) untuk iklan bersama syarikat media sosial Amerika Syarikat (AS), X, serta AS$2.1 juta (RM8.8 juta) dengan platform Perancis-Israel, Outbrain/Teads.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa melaporkan 185 orang, termasuk 12 kanak-kanak, meninggal dunia akibat kebuluran pada Ogos, angka tertinggi direkodkan sejak perang Israel bermula dua tahun lalu.

Menurut kementerian, 70 daripada kematian tersebut berlaku selepas sistem pemantauan kelaparan yang disokong PBB, Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), secara rasmi mengisytiharkan Gaza sebagai zon kebuluran bulan lalu.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini