Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia malam tadi - Utusan Malaysia

Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia malam tadi

BAPA kepada Amir Raja Lawak meninggal dunia di Hospital Pakar USM di Kubang Kerian, Kelantan malam tadi-IHSAN FACEBOOK AMIR RAJA LAWAK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa kepada Amir Raja Lawak iaitu Azmi Deris meninggal dunia malam tadi.

Khabar sedih itu dikongsikan oleh Amir Raja Lawak atau Mohammad Amirullah Azmi, 36, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Amir Raja Lawak menerusi hantaran itu memaklumkan bapanya meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

“Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi (hari ini) di Masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke tanah perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.

“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah abah saya,” katanya.

Amir Raja Lawak memberitahu, segala urusan mengenai arwah ayahnya akan dimaklumkan menerusi Facebook.

Media sebelum ini melaporkan, ayah kepada pelakon dan pelawak itu menghidap kanser usus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN