Tolak tawaran lumayan untuk Madu Tiga

Tolak tawaran lumayan untuk Madu Tiga

ISMAIL Hassan bersama burung merbuk ‘Madu Tiga’ miliknya yang muncul juara kategori utama Pertandingan Suara Burung Ketitir Nasional Selatan Thai, Narathiwat, Thailand. – UTUSAN/RAZALI ZAKARIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Kicauan burung merbuk dipanggil Madu Tiga milik seorang tukang emas dari Kelantan berjaya memikat hati juri sehingga merangkul kejuaraan kategori utama Pertandingan Suara Burung Ketitir Nasional Selatan Thai yang berlangsung di Belukasamo, Bacho, di sini kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Ismail Hassan, 67, membawa pulang piala dan kipas angin setelah diumum juara Ka­tegori Suara A.

Katanya, bukan wang tunai yang diburu tetapi diakui sebagai burung merbuk yang memiliki suara paling merdu dalam mana-mana pertandingan memberi kepuasan sebenar.

“Madu Tiga telah memenangi 10 pertandingan yang diadakan di beberapa negeri di Malaysia dan Selatan Thailand,” katanya semalam.

Ismail berkata, ada beberapa peminat burung merbuk yang menawarkan harga RM40,000 untuk membeli Madu Tiga selepas pertandingan itu namun dia belum berhasrat menjualnya.

“Madu Tiga dijaga sejak lebih dua tahun lalu. Sebelum ini, saya pernah menjual seekor burung merbuk pada harga RM50,000,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Belukasamok, Nik Suhaimi Sakor berkata, lebih 805 ekor burung merbuk membabitkan 700 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

“Peserta terdiri daripada peminat burung merbuk dari Malaysia, Bangkok dan Selatan Thailand.

Ini adalah pertandingan pe­ring­kat nasional kali kedua diadakan. Peserta dikenakan bayaran 300 baht (RM39) bagi setiap burung yang dipertandingkan.

“Semua hasil kutipan pertandingan ini, setelah ditolak bayaran lain, akan disalurkan bagi membantu anak yatim,” katanya.sambil menambah ada burung yang dipertandingkan berharga sehingga 500,000 baht (kira-kira RM65,000).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN