SPR perlu siasat kempen BN guna logo Mara

SPR perlu siasat kempen BN guna logo Mara

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan segera terhadap program ‘Lepak Santai Bersama DAWD’ di Simpang Renggam yang didakwa mempunyai unsur politik ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Armada, Na’im Brundage berkata, program itu menimbulkan persepsi bahawa identiti Majlis Amanah Rakyat (Mara) digunakan dalam aktiviti berunsur politik apabila Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap dengan memakai baju Barisan Nasional (BN), selain calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang turut hadir dengan pakaian kempen.

Katanya, Mara sebagai agensi kerajaan yang dibiayai menggunakan wang rakyat tidak seharusnya dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak.

“Sekiranya benar, tindakan itu boleh menjadi pelanggaran di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Asyraf Wajdi perlu tampil menjelaskan penganjur program, sumber pembiayaan, kelulusan penggunaan identiti Mara serta kapasiti kehadiran calon BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada program berkenaan, pentas utama turut memaparkan kain rentang berlogo rasmi Mara, manakala sebahagian peserta memakai pakaian berlogo agensi itu sehingga menimbulkan persepsi penyalahgunaan identiti agensi kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN