Tiada pelabur asing tarik diri dari Negeri Sembilan

Tiada pelabur asing tarik diri dari Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada sebarang penarikan keluar pelaburan asing dari Negeri Sembilan setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebaliknya berkata, negeri ini terus menerima kemasukan pelaburan baharu, dan kerajaan negeri optimis sasaran pelaburan RM10 bilion bagi tahun 2025 akan dapat dicapai.

“Saya tidak menerima sebarang laporan berhubung pelabur yang menarik diri. Sebaliknya, Negeri Sembilan masih menerima pelaburan baharu sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Menurut beliau, kesan dasar tarif Amerika Syarikat terhadap pelaburan masih belum ketara kerana kadar tarif yang dikenakan tidak tinggi, menjadikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik di rantau ini.

“Disebabkan itu, semakin ramai pelabur datang melabur di negara ini, dan ini memberikan keyakinan kepada kita bahawa Negeri Sembilan terus menjadi antara lokasi pelaburan yang istimewa di Malaysia,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa prestasi pelaburan negeri ini menunjukkan trend peningkatan, sekali gus meyakinkan kerajaan negeri bahawa sasaran RM10 bilion pelaburan bagi tahun ini adalah realistik dan mampu dicapai.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin memaklumkan Negeri Sembilan dijangka menerima pelaburan baharu daripada sebuah syarikat semikonduktor dari China pada separuh kedua tahun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN