SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam dilaporkan dalam keadaan stabil dengan menunjukkan tindak balas positif. Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, bagaimanapun Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan pelajar lelaki itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, mangsa sudah pun menjalani prosedur khas bagi mengawal tekanan otak yang berjaya dilengkapkan dalam tempoh…