Nilai jualan usahawan Plats cecah RM15 juta

Nilai jualan usahawan Plats cecah RM15 juta

Plats
AHMAD Azri Zainal Nor (dua, kanan) pada sidang akhbar MAPS 2025 di, Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Program usahawan, Platform Selangor (Plats) merekodkan nilai jualan mencecah RM15 juta daripada 88,000 peniaga yang bergiat aktif sejak tahun lalu.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), Ahmad Azri Zainal Nor berkata, jumlah tersebut dicatatkan pembelian pelanggan berdasarkan transaksi yang direkodkan menerusi QR Pay Agro Bank serta mesin Pos System.

“Kami tidak ada rekod jualan dari tahun 2022 hingga 2023 kerana tidak mempunyai menggunakan QR Pay dan Pos System pada ketika itu.

“Jadi, apabila QR Pay dan Pos System digunakan, baru kami dapat data jumlah jualan serta nilai transaksi belian daripada pelanggan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2025, semalam.

Jelasnya, sebanyak 11 juta transaksi pembelian barangan pelanggan daripada peniaga Plats yang direkodkan melalui QR Pay serta Pos System dalam tempoh sama.

Ahmad Azrin berharap, lebih ramai rakyat Selangor membeli barangan serta perkhidmatan melalui Plats supaya dapat membantu peniaga yang menggunakan platform berkenaan, yang kebanyakannya daripada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memajukan perniagaan mereka.

“Ia sekaligus dapat membantu merangsang ekonomi negeri dari sektor tersebut. Kebanyakan rakyat Selangor mempunyai kuasa membeli yang kuat dan ini menjadi salah satu faktor transaksi pembelian dalam Plats amat baik.

“Plats yang diinsipirasikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membantu peniaga berniaga ketika pandemik Covid-19 semakin membuahkan hasil,” ujarnya.

Mengulas mengenai MAPS, majlis tersebut diadakan bagi meraikan usahawan mikro dan kecil dalam PLATS yang berusaha bersungguh-sungguh menjual produk serta perkhidmatan mereka selama ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN