Kuartet Malaysia A ungguli 4x100 Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Kuartet Malaysia A ungguli 4×100 Terbuka Malaysia

Kuartet KOM A mengungguli acara 4x100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kuartet Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) A membuktikan kemampuan apabila memenangi pingat emas acara 4×100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, hari ini.

Gandingan mantap Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee berjaya menghadiahkan kemenangan buat kuartet itu dengan catatan masa 39.68 saat (s)

Tempat kedua dimenenangi kuartet Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dengan catatan masa 40.22 saat manakala tempat ketiga diraih kuartet KOM B dengan masa 40.56s.

Kemenangan kuartet KOM A itu bagaimanapun tidak berjaya memadamkan rekod kebangsaan yang dicipta semasa Sukan SEA Hanoi 2021 dengan catatan masa 39.09s.

Sementara itu, Jonathan berkata, dia dan rakan pasukan sememangnya gembira dengan pencapaian diraih pada kejohanan kali ini.

“Saya gembira dengan pencapaian hari ini yang merupakan aksi kedua kami selepas Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Korea Selatan pada Mei lalu,” katanya ketika ditemui di, sini.

Dalam pada itu, Jonathan berkata, dia melihat kuartet itu sememangnya mempunyai peningkatan prestasi yang memberangsangkan selepas digabungkan bersama.

Katanya, kuartet itu juga akan memberi fokus dan penumpuan bagi menghadapi saingan Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan pada Disember depan.

“Setakat ini kami berempat juga bebas dari kecederaan dan sedang menunggu perancangan seterusnya daripada barisan kejurulatihan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN