SHAH ALAM: Selangor mengulangi sejarah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dengan memilih helang putih sebagai maskot rasmi temasya ke-22 itu yang akan membuka tirainya pada tahun depan. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, helang putih merupakan maskot rasmi ketika negeri ini menjadi tuan rumah pada 1998 sebagai simbol kekuatan, keberanian dan ketangkasan. “Maklum balas yang diterima sekretariat daripada pelbagai pihak mencadangkan helang putih dikekalkan sebagai maskot SUKMA…