KUALA SELANGOR: Dewan Rakyat belum menerima usul daripada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya setakat ini tiada menerima sebarang usul mengenai perkara berkenaan. “Belum (terima usul itu),” katanya ringkas ketika ditemui selepas merasmikan Hari Bersama Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), hari ini. Utusan Malaysia…










