Dasar Tasik Bukit Merah tumbuh rumput

Dasar Tasik Bukit Merah tumbuh rumput

KEADAAN dasar Tasik Bukit Merah yang ditumbuhi rumput berikutan air tasik surut akibat cuaca panas ketika tinjauan di Bagan Serai, Perak kelmarin. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tasik Bukit Merah di sini yang surut kini ditumbuhi rumput selain terdapat rekahan pada tanah dasar tasik tersebut.

Tinjauan mendapati tanah dasar tasik yang ditumbuhi rumput melibatkan kawasan dari tebing Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hingga ke tengah tasik menyebabkan kawasan itu kelihatan seperti taman yang menghijau.

Tanah dasar tasik berdekatan resort juga kelihatan merekah dan ada sebahagiannya menjadi keras hingga boleh dipijak untuk berjalan.

Keadaan itu menyebabkan ada pengunjung yang turun hingga ke dasar tasik bagi tujuan berswafoto bersama keluarga mereka.

Seorang remaja, Qaisara Wafa Zara Shima Kamal, 13, yang datang bersama keluarganya dari berkata, pemandangan unik itu memberi pengalaman berbeza berban­ding kunjungannya sebelum ini.

“Memang luar biasa sebab dasar tasik yang kering ini penuh dengan rumput hijau malah ada juga cengkerang siput dan lokan bertaburan di celah-celah rumput.

“Perubahan landskap ini turut menjadikan kawasan ini lokasi menarik untuk bergambar apatah lagi dengan cuaca panas dan latar belakang unik seperti tunggul kayu, batu-batu besar serta bekas aliran air tasik yang jelas kelihatan.

“Ramai kawan-kawan sekolah saya sudah datang dan bergambar di sini. Semua tempat nampak cantik dengan suasana tasik yang kering ni,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tasik seluas 40 kilometer persegi itu surut sejak pada pertengahan Jun lalu sehingga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian terpaksa menghentikan bekalan air ke sawah apabila paras bacaan air menyusut di bawah paras 20 kaki.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN