Bunga Raya 15s kemas corak permainan lawan Taiwan

Bunga Raya 15s kemas corak permainan lawan Taiwan

Barisan pemain ragbi 15s negara selepas melakar kejayaan menewaskan Thailand 30-27 dalam aksi suku akhir Kejohanan Union Cup di Bangkok, Ahad lalu. - Ragbi Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi 15 sebelah (15s) negara perlu segera memperbaiki kelemahan pasukan bagi menghadapi Taiwan dalam aksi separuh akhir Kejohanan Union Cup 2026 di Bangkok, esok.

Saranan itu diberikan oleh ketua pasukan, Shobrey Amok selepas berkata, mereka dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan ketika menewaskan tuan rumah, Thailand 30-27 dalam aksi suku akhir kejohanan, Ahad lalu.

“Bagi perlawanan seterusnya kita akan mengambil langkah dengan membuat penambahbaikkan terhadap pasukan. Contohnya kita akan lihat semula video perlawanan dan kita akan perbaiki segala kelemahan yang ada.

“Kita juga akan perbetulkan perkara-perkara asas supaya pasukan lebih kukuh. Ini kerana kita dapat saksikan Thailand memberi saingan yang kuat kepada pasukan dan kita hanya boleh menang dengan kelebihan tiga mata sahaja dengan mereka,” katanya.

Turut senada dengannya adalah pengurus pasukan, Mohd. Nasri Effandy apabila berkata, corak permainan skuad negara masih perlu dipertingkatkan.

“Daripada perlawanan menentang Thailand, kami perlu meningkatkan lagi corak permainan daripada aspek pertahanan dan serangan.

“Bagaimanapun, ini merupakan kombinasi yang baik kerana majoriti pemain dalam skuad adalah muka baharu. Kombinasi pemain baharu dan senior masing-masing menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN