KUALA SELANGOR: Isu kesilapan memasang Jalur Gemilang secara terbalik tidak wajar diperbesarkan, sebaliknya boleh diberi ruang untuk diperbetulkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu perlu dilihat secara berlapang dada kerana ia mungkin berlaku tanpa disengajakan. “Saya yakin mereka sebenarnya mahu menunjukkan semangat patriotisme. Namun, jika berlaku kesilapan, kita harus beri peluang untuk diperbetulkan kerana manusia itu tidak lari daripada kesilapan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah…