Bapa Affan mahukan keadilan hanya untuk polis bersalah

Bapa Affan mahukan keadilan hanya untuk polis bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bapa kepada Affan Kurniawan, penunggang e-hailing yang maut selepas dirempuh kenderaan berperisai polis semasa protes di Jakarta, enggan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa atas kematian anaknya.

Zulkifli sebaliknya menyeru supaya hanya mengenakan tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang terbukti bersalah.

“Kami tidak memfailkan saman. Kami hanya mahukan keadilan, hanya untuk mereka yang melakukan perbuatan itu. Bukan semua anggota polis perlu menanggung kesalahan,” katanya semalam.

Affan, 21, meninggal dunia pada Khamis selepas dilanggar kenderaan berperisai yang membawa tujuh anggota Kor Briged Bergerak Polis (Brimob) ketika rusuhan berlaku berhampiran kompleks tersebut.

Zulkifli memaklumkan, Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo, datang menemui keluarganya dan menyerahkan sepenuhnya keputusan mengenai tindakan undang-undang kepada mereka.

Katanya, Listyo turut memberi jaminan kes itu akan disiasat sepenuhnya.

“Cukuplah anak saya sahaja yang menjadi mangsa, saya sudah serahkan kepada pihak penguatkuasaan undang-undang.

“Saya reda dengan pemergian anak saya, cuma saya mohon agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri Polis Negara, Propam, mendapati tujuh anggota Brimob dalam kenderaan tersebut melanggar kod etika polis.

Mereka kini ditempatkan dalam tahanan khas di ibu pejabat Propam selama 20 hari, bermula semalam hingga 17 September.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN