Terlalu awal untuk komen mengenai Nick Adams

Terlalu awal untuk komen mengenai Nick Adams

MOHAMAD Hasan menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Komuniti Rantau, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih terlalu awal untuk beliau memberikan komen mengenai cadangan pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Mohamad berkata, pelantikan Adams itu masih lagi belum diputuskan oleh pihak Senat AS.

“Nick Adams belum lagi masuk (perbincangan) ke Senat, biar Senat komuniti yang buat, beliau (Nick Adams) belum ada apa-apa lagi pun, jadi terlalu awal untuk saya bagi komen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Penerima Sumbangan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini, hari ini.

Sebelum ini,  Presiden AS, Donald Trump menerusi platform Truth Social miliknya mencalonkan Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia.

Bagaimanapun, pengumuman berkenaan mendapat pelbagai reaksi kurang senang banyak pihak di negara ini apabila pelantikan individu berkenaan dianggap satu penghinaan terhadap maruah dan dasar luar negara.

Lebih-lebih lagi Malaysia sangat menjunjung kedaulatan, keamanan serantau serta solidariti bersama rakyat tertindas khususnya Palestin.

Adams yang berusia 40 tahun dikenali dalam media sosial sebagai figura yang mempromosikan ‘maskuliniti toksik’ dan sering mengeluarkan kenyataan berbaur Islamofobia serta menyokong kuat gerakan Zionis.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN