Rakaman dedah Sheikh Hasina arah tembak penunjuk perasaan

Rakaman dedah Sheikh Hasina arah tembak penunjuk perasaan

KUMPULAN pelajar mengadakan rusuhan sehingga Sheikh meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Rakaman audio yang dianalisis oleh BBC menunjukkan bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, didakwa mengarahkan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan dalam protes 2024, tuduhan yang kini menjadi asas perbicaraan ke atasnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga 1,400 orang terbunuh antara Julai dan Ogos 2024 apabila kerajaan Hasina melancarkan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan dalam usaha gagal untuk mengekalkan kuasa.

Hasina, 77, melarikan diri ke India selepas kemuncak pemberontakan yang diketuai pelajar, dan enggan kembali ke Dhaka, di mana perbicaraan tanpa kehadiran bagi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan bermula 1 Jun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan BBC Eye Investigations menganalisis rakaman audio yang didakwa milik Hasina, dan menjadi bukti utama pendakwaan, yang bocor di internet.

Dalam rakaman bertarikh 18 Julai 2024, suara didakwa milik Hasina kedengaran memberi kebenaran kepada pasukan keselamatan untuk menggunakan senjata terhadap penunjuk perasaan dan menyatakan ‘di mana jumpa mereka, tembak sahaja’.

BBC memaklumkan, pakar forensik audio tidak menemukan sebarang bukti bahawa rakaman itu disunting atau dimanipulasi, dan menyimpulkan ia tidak mungkin dihasilkan secara sintetik.

Polis Bangladesh juga memadankan rakaman audio itu dengan rakaman rasmi yang disahkan milik Hasina.

Protes bermula pada 1 Julai 2024 apabila pelajar universiti menuntut pembaharuan terhadap sistem kuota pekerjaan sektor awam.

Protes semakin memuncak dan tercetus kekacauan apabila polis melancarkan tindakan keras pada 16 Julai.

Peguam Hasina yang dilantik oleh kerajaan, memohon agar tuduhan itu digugurkan.

Parti Liga Awami yang kini diharamkan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa pemimpin kanan mereka, mengarahkan penggunaan kekerasan terhadap orang ramai semasa protes tersebut.

Sebaliknya, parti itu menegaskan bahawa kehilangan nyawa yang berlaku adalah akibat pelanggaran disiplin oleh sebahagian anggota pasukan keselamatan ketika bertindak balas terhadap insiden keganasan di lapangan, dan bukan arahan daripada pimpinan parti atau perdana menteri sendiri.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN