Pemandu mabuk jatuh jambatan selepas langgar lori

Pemandu mabuk jatuh jambatan selepas langgar lori

Pemandu mabuk
PASUKAN bomba menyelamatkan pemandu mabuk yang tercampak ke dalam parit di kawasan paya bakau selepas melanggar sebuah lori dekat Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, di Klang, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pemandu mabuk nyaris selepas tercampak ke dalam parit dari sebuah jambatan berketinggian lebih tujuh meter dalam kemalangan dekat Jalan Pelabuhan Barat, Telok Gong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, pemandu Perodua Aruz, lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan melanggar sebuah lori sebelum tercampak ke dalam parit di kawasan paya bakau.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.14 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan, kereta melanggar sebuah lori. Terdapat mangsa tercampak keluar dan jatuh ke longkang besar dan anggota mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dikeluarkan pada pukul 4.12 pagi. Mangsa mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN