Pelajar China derita tulang bengkok kini boleh berdiri normal

Pelajar China derita tulang bengkok kini boleh berdiri normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANDONG: Seorang pelajar universiti di China yang menghidap penyakit tulang belakang kronik berjaya meluruskan badan buat pertama kali dalam hidupnya, selepas menjalani beberapa siri pembedahan kompleks yang menarik perhatian ramai di media sosial.

Digelar ‘budak berlipat’ kerana keadaan tubuhnya yang melengkung teruk akibat masalah tulang, kisah pemulihan Jiang Yanchen, 21, dari wilayah Shandong, memberi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh negara.

Yanchen berjuang melawan penyakit ankylosing spondylitis, sejenis artritis yang menyebabkan keradangan teruk pada sendi dan ligamen tulang belakang, sejak di bangku sekolah rendah.

Keadaan yang jarang berlaku itu menyebabkan lehernya membengkok ke belakang, dengan hanya ruang selebar tapak tangan antara kepala dan punggungnya, menjadikan ketinggian Yanchen hanya satu meter.

“Kepalanya mendongak ke atas, dia hampir tidak dapat melihat semasa memakai stoking atau seluar, dan terpaksa bergantung kepada deria sentuhan,” kata ibunya, Yu Meiying.

Ogos lalu, Yanchen mendapatkan rawatan daripada pakar tulang, Dr Liang Yijian, yang berpangkalan di Chengdu.

25 Jun lalu, selepas menempuh empat prosedur kompleks, termasuk asteotomi serviks, toraks dan lumbar serta pembedahan melonggarkan sendi pinggul, keadaan Yanchen akhirnya menunjukkan kemajuan ketara.

“Yanchen menjalani empat pembedahan besar, setiap satunya sangat kompleks.

“Pembedahan terakhir mengambil masa lebih 12 jam, dan tulang belakangnya dibetulkan sebanyak kira-kira 170 darjah,” kata Dr Yijian.

Buat pertama kali dalam hidupnya, tubuh Yanchen akhirnya dapat diluruskan sepenuhnya, membolehkannya berbaring lurus di atas katil.

“Saya masuk ke universiti dalam keadaan melutut. Saya mahu berdiri tegak dan melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah,” kata Yanchen.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN