Mayat rakyat Palestin 'menghantui' tidur askar Israel

Mayat rakyat Palestin ‘menghantui’ tidur askar Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Lima askar Israel baru-baru ini berkongsi pengalaman mengerikan kepada akhbar tempatan Haaretz, mendedahkan kesan psikologi mendalam serta ketakutan yang mencengkam pasukan tentera semasa konflik berterusan di Gaza.

Pendedahan itu jauh berbeza daripada naratif rasmi tentera, lapor Anadolu.

Seorang anggota pasukan peninjau payung terjun berusia 20 tahun, Or, mengimbas kembali detik ngeri ketika menghampiri runtuhan sebuah rumah di Khan Younis yang dibedil oleh serangan udara Israel.

“Dalam timbunan runtuhan — apa yang dulu merupakan dinding — kami tiba-tiba menemukan lima, mungkin enam mayat. Lalat berterbangan di mana-mana, dan saya rasa ada anjing yang mengoyak daging mereka. Hampir tiada apa yang tinggal,” katanya.

“Dua daripada mereka adalah kanak-kanak kecil — saya nampak tulang mereka. Ia amat dahsyat, tak dapat dilupakan, dan masih menghantui tidur saya,” tambahnya.

Bahkan, dia juga tidak boleh melupakan bau busuk yang turut melekat ke badan dan pakaian, meskipun sudah menyembur minyak wangi.

Beberapa hari kemudian, tentera yang berusia 20 tahun itu ditugaskan semula ke sempadan Gaza tanpa tarikh pulang yang pasti.

“Kami mengemas peralatan dan memuatkannya dengan pantas ke dalam Humvees yang membawa kami kembali.

“Saya ingin melompat keluar. Saya ingin lari tapi saya tidak berani. Ia seperti mimpi buruk yang nyata. Tolong, saya hanya mahu semua ini berakhir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN