Landak sesat masuk institut memandu

Landak sesat masuk institut memandu

Landak sesat
ANGGOTA APM Selangor menangkap landak yang sesat dalam sebuah institut memandu dekat Jalan Bukit Rotan, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Suasana di sebuah institut memandu di Jalan Bukit Rotan di sini, gempar dengan kehadiran seekor landak yang tersesat di kawasan itu semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.31 petang itu berlaku ketika semua orang awam baru selesai mengikuti kelas memandu kenderaan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohamad Saufee Akmal Bolah @ Hasbullah berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan institut itu.

“Haiwan eksotik itu didapati dalam keadaan ketakutan dan operasi menyelamat terpaksa dilakukan anggota secara berhati-hati. Landak itu kemudian berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 15 minit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya hari ini.

Tambah Mohamad Saufee, landak itu dibawa keluar dengan selamat dan dilepaskan semula ke habitat asal.

“APM menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kehadiran haiwan liar atau eksotik kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di institut memandu berkenaan, namun tiada sebarang kekecohan atau kecederaan dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN