REMBAU: Dakwaan wujudnya usaha menjatuhkan kepimpinan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak benar dan hanyalah khabar angin. Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, malah keputusan yang dibuat oleh perwakilan pada pemilihan parti sebelum ini adalah seperti mana yang dihasratkan oleh Muhyiddin. “Itu semata-mata kabar angin tidak ada kebenaran. Ini tak perlu sumber-sumber, ini direct (sumber sahih). Sebelum berlaku pemilihan parti tahun…